Assalamualaikum people ! :D
Today is the 5th day of Ramadhan. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah kerana memberikan peluang untuk aku teruskan hidup dan menjalani ibadah puasa dalam Ramadhan yang barakah ini.
Lets start the words.
Ramadhan kali ni adalah Ramadhan kedua tanpa hero keluarga iaitu ayah tercinta. Walau macam mana keadaan sekalipun, kami sekeluarga takkan pernah sedetik pun lupakan ayah. Pergi nya tanpa kembali sedikit sebanyak membuatkan hidup kami sekeluarga kami berubah. Sejujur nya, aku sangat merindui ayah. Rindu tanpa penghujung.
Menjelang nya Ramadhan, banyak sangat memori tentang ayah. Berbuka bersama. Bersahur bersama. Pergi terawih bersama. Kalau dulu time duduk kat asrama, ayah selalu suruh balik sebab nak berbuka sama-sama. Kalau sesekali anak2 dia balik, tak pernah ayah and mak tak buat something yang special. Kalau time sahur, ayah selalu wajibkan anak2 dia bangun. Time berbuka pulak paling seronok. Ayah akan tengok Jejak Rasul dulu and selalu nya aku lah yang panggil ayah pergi dapur. Time nak tunggu azan Maghrib, ada je telatah ayah mengusik anak2. Kalau sape yang habis makan dulu, mesti ayah pelik sebab takut tak cukup makan. Pasal pergi terawih ayah sangat strict. Ayah selalu ingatkan supaya ambil peluang untuk beribadah dalam bulan puasa.
I can't describe by words how much I miss Ayah. Kalau nak bercakap mengenai Ayah, aku kalah. Aku kalah daalam tangisan. Saat2 tak boleh nak tahan air mata time Syawal datang menjelma. Its too hard to accept the fate. Susah sangat pada mula nya. Susah nak terima kenyataan. Ini adalah kali pertama kami kehilangan ahli keluarga. Ayah pergi dulu buat selama-lamanya. Ayah tak sama macam orang lain. Ayah sangat berbeza di mata kami anak2. Ayah mempunyai cara yang tersendiri. Kalau dulu duduk jauh jauh dari family, time call after cakap dengan Mak, mesti cakap dengan Ayah pulak.
Kehilangan ayah buat selama-lamanya bagi kesan mendalam sangat dekat anak2. Dekat Mak apatah lagi. Mak lagi kenal ayah. Teman hidup dah berpuluh puluh tahun, yang selalu ada depan mata, kini hilang buat selamanya. Mak sangat tabah. Mak menangis dalam hati. Selepas pemergian Ayah, setiap baris ayat yang Mak katakan, tak pernah satu pun tertinggal tentang Ayah. Mak selalu ingatkan anak2 tentang Ayah.
Rindu nak panggil Ayah. Lama dah tak terkeluar dari mulut. Menjelangnya Syawal tahun ni, Syawal kedua tanpa Ayah. Hanya pusara Ayah sebagai tempat pertama untuk diziarah selepas sembahyang raya. Aku rindu untuk bersalam dengan Ayah di pagi raya. Kami anak2 rindu nak bergambar dengan Ayah dan Mak di pagi raya. Aku sebagai yang bongsu wajib setiap pagi Syawal iron baju Ayah dan Mak. Tapi, baju Ayah dah tersimpan dalam almari. Ayah dah takde.
Saat saat terakhir pemergian Ayah takkan pernah aku lupa buat selamanya.
Semoga Ayah tenang di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Kami merindui ayah lebih dari yang disangkakan. Doa kami untuk Ayah sentiasa diucapkan, takkan putus. Akan kami tunaikan hasrat Ayah sepertimana yang Ayah pesan. Mak akan sentiasa bersama kami untuk sama-sama mendoakan untuk Ayah sebagai bekalan Ayah di sana.
Setiap yang hidup pasti akan mati. Setiap kewujudan pasti ada kehilangan. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Terima kasih Ya Allah kerana meminjamkan Ayah kepada kami walau hanya sementara waktu.
AlFatihah buat hero kami sekeluarga, Allahyarham Mohd Peril bin Awang ♥♥♥
Amin InsyaAllah.you are strong girl that is the one i know :)
ReplyDeleteThanks :D Insya Allah
DeleteSyeda, be strong syggg . Aku nangis baca part ni wehh :'(
ReplyDeletekau ada kami semua, yg selali dgn kau. Yg pnting kau doa & sabar byk2 tau .Aku syg kau syeda :)
Thanks Anis :D I miss him damn much :'( Thanks for concern and always be there for me. Me love you more ;)
DeleteTouching baca part ni...moga tabah hadapi ujian Allah ni ye Syeda...
ReplyDelete~s@r~
Insya Allah. Terima kasih :D
Delete