23 Jul 2012

Girl's Awesome Days ♥ Part 1

 Assalamualaikum :D ! ♥


First of all, sorry for the late update. Baru rajin ni :P

13 May 2012 bersamaan dengan Hari Matahari

Penat nya berkemas kemas baru lepas habis kenduri arwah Ayah. Malam ni I need to sleep early but before that I need to packing some of my stuffs. Nak gi ane ? Haaa, nak pergi Melaka. Nak ikot? Jom ! Dah plan ngan bebudak ni nak pakai baju kurung pergi maktab. Sebab Cikgu Hafizah pesan dah semua tu dari dulu.
Okay, polkadot kurung ! Weee ! Baru lagi baju ni. Dah siap iron semua, then packing baju seluar dan lain lain masuk dalam beg. Mak suruh tidur awal. Sebab esoknya ni pukul 7 aku dah bertolak dari rumah sebab nak kena singgah Seremban, Sendayan and Sepang nak amek princess2. DOT, NINA and ZQAH. Ahaaa !


14 May 2012 bersamaan Hari Mon

Seawal 6 suku pagi aku bangun dah. Aihhh. Mengantuknye mata ! :(  Macam biasa, mandi solat then sarapan and then baru siap siap. Pukul 6.45 aku dah start enjin kereta. Mak pun macam biasa bagi nasihat, " Jangan bawak laju-laju. Keto sibuk pepagi ni. Dah sampai kang telepon. " Lalu aku pun bersalam peluk cium mak. Si abang posmen dan si kakak pegawai dah pergi keje dulu. Cehhh ! Tunggu lah dulu, adik nak drive jauh ni. Kikikikiki.

Baru je sampai kat Bukit Tangga, Dot dah call. " Syeda, ko kat mana ? ". " Alaaa Dot, aku tengah jam kat sini. Aku dah nak sampai kang aku bagitahu ". " Okay aku sampai dah ni. "

Alamakkk ! Dot dah sampai. Janji dengan dia kul 7 setengah aku sampai dah. Tapi disebabkan kesesakan lalu lintas menghalang aku untuk jadi punctual. Ehhh !

Then, pukul 7.45 aku sampai KTM Seremban. Amek Dot. Awwwww ! Dot pakai baju warna biru. Tapi blouse je laaa. Aku sopan pakai baju kurung. Ehemm ! Then, misi untuk jemput Nina kat Sendayan pulak. Oiii ! Sojuk lak aii pagi tu. Mana tak nya bukak ekon tinggi gilaa. Dah sampai Sendayan ni pulak satu ke hal nye tunggu Nina. Lenggang Mak Limah tol Nina ni jalan dengan kain belahnye. Hahaha. After Sendayan, ke Sepang lah nampaknya. Nasib baik dekat ikut jalan lama. Sekarang ni aku tahu dah mana rumah Haziqah. Tak sesat dah. Wekkk !

Now, we are heading to Melaka. Exit tol Nilai. Singgah sat kat RnR Seremban ke Senawang tah. Aku pun lupa. Sebab singgah situ sebab aku nak p toilet. Aku cirit sebenarnya. Malas nak bagitahu korang. Hahaha. Alasan je aku cakap aku lapar. Hahaha! Dan ke ne tipuuu ngan ama ! ( Ichi ejek ! ) Dot je yang makan beria. Aku ngan Nina and Zqah minum air pun cukup laa.

Then sambung balik our journey. Uwahhhh ! Sampai dah kat pintu gerbang Kem Terendak, TIM and NIESA suruh masuk maktab dulu. Dah agak dah korang ni mesti lambat nye. Oleh kerana keterujaan nak jumpa Pakcik Tapa so kitorang masuk dulu. Yeayyyy ! Pakcik Tapa ada lagi. Then, parking kete dekat stor pusat. Okay, lets wear my RED WARRIOR shoes. Kekeke !

Lalu kat DEWAN BUDIMAN, eh ada budak tengah exam laa. Adoi ! Baru nak bising2. Hmmm.. Nak naik kat bilik guru dah ni. Terjumpa pulak Ustaz Wahab. Nasib baik dia kenal. Tapi dia tak sebut Syuhaida. Dia sebut Peril. Ayah saya takde dah ustaz. Alfatihah. Terkejut ustaz jadi nye :'(. Then naik ke bilik guru. Macam biasa laa jumpa sesemua cikgu kat dalam tu. Ayat2 cliche cikgu2 biasala " Dah besar dah anak dara ni, cantik2 dah" Ehemmm. Biasa lah tu cikgu. Haha. Yang wajib aku jumpa Ustaz Zaid, Cikgu Fazilah, Madam Zie, Cikgu Hafizah. Dah ramai cikgu2 balik sebenarnya sebab dah tengah hari kan. Lagipun minggu exam pulak. After that, pergi ke setiap jabatan pulak. Pengetua takde. Sedih sikit nak jumpa laling tu :( *Sape yang tahu je faham :P

Tangga cafe. Ni before mencekik


So, dah jumpa cikgu2 then masa untuk isi perut. Aku lapar dah ni. Sebab dah tercirit dari rumah. Tengah2 makan Tim cakap dia kat bilik guru. Join dengan Ustaz Zaid sekali. Haaa, something fishy here. Aku terperangkap dengan Ustaz pasal satu benda. Curious ? Sorry takmo gtau. Wekkk :P Ustaz ajak makan nak belanja kata nya tapi masalahnya takde geng lelaki. Aku dengan Tim berharap sangat jadi. Tapi ustaz cakap nanti ustaz text balik samada jadi ke tak. Hmmmmmmm

Beautiful Girls in Terendak ♥


Candid at le stairs 

Awesome ♥

Again ♥


Now, session with cikgu Hafizah, our batch's Bonda. Sayang gilerr weh cikgu ni. Walaupun pernah kena tarik telinga sebab tak siap hw tapi aku tetap sayang cikgu. Ecehhh. Dalam diam ada baby dalam perut. Amboi cikgu ! Kitorang takde kat maktab je cikgu pun dah nak ada anak baru. Jealous ni ! Hahaha. So, dalam sesi sembang petang dengan cikgu tu banyak topik kawen je keluarnya. Cikgu suruh cari calon cecepat. Saya dah ade dahh !!! Ehhhhhh :P

Girls with our bonda ♥ and Cikgu Yati


Time to ass back home. Ohoiiii ! Hahaha. Now nak balik pulak. Bukan balik mana pun. Nak g umah Tim. Ni homestay kitorang yang duk jauh2 ni. But before that, Kena g rumah Anis dulu sebab nak join jugak tidur reramai. Moh ler ke Kandang. Nasib baik ingat jalan sikit2 and Nina yang memang hafal jalan. Yang duduk MELAKA pun tak hafal jalan. *MOHON TERASA YE ANIS*. :P Konon nak sampai cecepat nak mandi dulu lah ape lah. Alih2, kena main2 dengan nyamuk kat luar dulu sebab tuan rumah lambat bebenor nak jemput QILA.

Sekarang dah masuk dalam rumah. Masa untuk mandi manda persiapkan diri untuk isi perut lagi. Kat mana pulak malam ni ? Haaa, kat restoran family Qila. Paling sedap sekali, ayah Qila yang belanja. Wink2. Terima kasih Uncle Rusmadi :D Ada tambah sorang member malam ni,ERZA :D dengan adik dia. Meriah betei malam tu. Orang lain pun heran agaknye tengok bising sangat perempuan2 ni. Hewhewhew. After that plan nak midnight but tengok2 kat DP and MP takde yang midnight movie. Kuang hasammmm. So, balik lah jawab nye. Esok nye kena bangun awal sikit. Nak jalan2. Weeeee ♥

Before dinner 
Zqah, Qila, Anis, Niesa, Me, Dot, Nina ♥



Dinner ♥


After le Dinner ♥
Midnight tak jadi. Posing je jadi. :P
Muka-muka kekenyangan
Another one midninght takjadi 

Lipas kudung drive pun kalah dengan FARNA ♥
Grrrrrrr :D
♥♥♥

6 comments:

  1. Sho sweeeeet la awakkk :)
    Miss that kind of momentssss <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Panjang gilaa aku tulis ni. Part 2 tak siap lagi.
      Btw, I miss us :(

      Delete
  2. comel lahhh....rindu nyeee <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Me miss us moreeee ♥ Next year jom buat lagi. Kekekeke

      Delete
  3. ahha. sempat lagi menyelit lipas kudung. auummmmmm :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Raya nanti jom turun Melaka ? :D Grrrrrr :P

      Delete